Cameron Highland


Cameron Highlands atau Tanah Tinggi Cameron merupakan sebuah pusat peranginan tanah tinggi yang terkenal di semenanjung Malaysia. Cameron Highland terletak di barat daya negeri Pahang, sebuah negara yang kaya dengan khazanah hutan semulajadinya. Cameron Highland terletak setinggi 1,829 meter dari aras laut dan mempunyai bersuhu antara 100c hingga 200c. Keindahan Cameron Highland pastinya akan memukau hati sesiapa sahaja yang berkunjung ke sana.



Selain menjadi sebuah pusat peranginan, Cameron Highland juga terkenal dengan pengeluaran hasil tanaman seperti teh, buah-buahan, sayur-sayuran dan bunga-bungaan yang bermutu tinggi dan ada yang jarang didapati ditempat lain. Ini kerana keadaan cuaca yang sejuk dan segar amat sesuai untuk tanaman-tanaman tertentu sahaja contohnya daun teh, bunga-bunga seperti bunga teluki dan buah strawberi. Tumbuhan iklim hawa sederhana juga boleh ditanam di kawasan ini. Di sini juga terdapat sebuah petempatan orang Melayu yang pertama di Cameron Highlands, Kampung Taman Sedia merupakan sebuah kampung yang terletak di lembah antara Tanah Rata dan Brinchang menawarkan pakej penginapan 'Homestay' untuk para pengunjung.
Sekiranya anda berkunjung ke Cameron Highlands, Malaysia jangan lepaskan peluang untuk membeli hasil-hasil tanaman ladang kerana harganya bukan sahaja berpatutan bahkan masih segar kerana baru sahaja dipetik secara langsung dari ladang.




Secara keseluruhan Cameron Highlands merupakan kawasan tanah tinggi yang paling menarik di Malaysia .Keindahan di Blue Valley Tea Estate,Gunung Brinchang,Tringkap dan petempatan Orang Asli Sungai Ruil cukup memukau. Ladang yang menghijau dan indah di sini diusahakan oleh Sungai Palas Boh Tea Plantation. Lain-lain tarikan ialah Wild Orchid Farm,Green Farm,Rose Valley Village,Butterfly Farm,Butterfly Garden,Kea Farm, Pasar Sayur,Uncle Sam Farm,Cactus Point,Tokong Sam Poh ,Cactus Valley,Strawberry Farm,rumah rehat dan padang golf.