Bukit Bendera



BUKIT   BENDERA

Bukit Bendera dengan ketinggian 830 meter (2730 kaki) dari paras laut, boleh dilawati dengan dua cara samada mendaki ke puncak atau dengan kereta api kabel yang telah beroperasi sejak 1922.  Selain ketenangan, iklim menyegarkan dan pandangan hebat pada di puncaknya, pelawat-pelawat juga boleh melihat banglo-banglo indah, kebun bunga yang cantik dan taman burung.
Terdapat juga trek berjalan kaki ke atas bukit. Ia mengambil 4 jam untuk sampai ke puncak. Cara yang paling popular untuk sampai ke puncak bukit adalah dengan kereta api kabel yang mengambil masa setengah jam.

Batu Feringgi


Batu Feringgi

Batu Feringgi adalah pantai yang paling popular di Pulau Pinang kepada pelancong dari luar dan penduduk tempatan. Unjuran pantai dengan pasir keemasan yang panjang ini adalah pusat untuk pelbagai hotel, sukan air, aktiviti-aktiviti masa lapang dan pusat membeli-belah.
Daya penarik Batu Feringgi kekal serupa sejak bertahun-tahun dan masih terus memukau ramai pengunjung untuk datang menikmati keindahannya.

Adalah dipercayai Batu Feringgi telah mendapat namanya daripada perkataan Portugis 'Foreigners' Rock', ini adalah kerana Pulau Pinang pernah menjadi rebutan kuasa-kuasa penjajah termasuk British, Belanda dan orang Portugis.
Pasar malam yang diadakan setiap hari di Batu Feringgi, adalah satu lagi tarikan utama di Batu Feringgi selain dari pantainya..


Tempat Peranginan di Pulau Pinang


Kuil Kek Lok Si


Ke Lok Si-Kuan Yin Statue-Daytime.jpg
Kuil Kek Lok Si di Pulau Pinang yang dibina pada tahun 1890, merupakan kuil agama Buddha yang terbesar
di Pulau Pinang dan di Asia Tenggara. Daya tarikan utama di kuil Kek Lok Si adalah patung Dewa Kuan Yin yang besar.
Selain daripada biara, terdapat pagoda setinggi tujuh tingkat yang mempamerkan 10,000 imej Buddha.
Kuil Kek Lok Si turut memiliki banyak patung dewa-dewa dan laman yang mempunyai kolam besar
yang dipenuhi kura-kura dan ikan kap.
Ke Lok Si-Ten Thousand Buddha Pagoda at Dawn.jpgKuil Kek Lok Si yang terletak di Ayer Itam
 merupakan salah satu tumpuan para pelancong
 di Pulau Pinang.
Kuil Kek Lok Si ini tersergam di bandar
Ayer Itam dan dianggap Kuil Buddha terbesar
dan tercantik di Asia Tenggara.
Pagoda utamanya yang dikenali sebagai
pagoda Sepuluh Ribu Buddha terdiri daripada
 tujuh tingkat yang menggabungkan asas oktagon Cina
dengan tingkat tengah reka bentuk
Thailand dan puncak seni bina Burma.





Kuil yang berukir indah ini memakan masa 20 tahun untuk dibina
dan berkembang secara berterusan. Ia memiliki himpunan
tempat menyembah, ukiran, taman dan kolam kura-kura.

Bendera Negeri Pulau Pinang dan lambangnya


Bendera  Negeri Pulau Pinang




Warna biru muda maksudnya warna laut yang indah di sekeliling pulau itu. Warna putih maksudnya negeri Pulau Pinang yang aman damai. Warna kuning tanda kemakmuran. Pohon pinang ialah pohon dari mana pulau itu mendapat namanya.





Lambang Negeri Pulau Pinang



Pohon pinang ialah tanda asal nama pulau itu. Petak yang berwarna kuning mengandungi gambar Jambatan Besar Pulau Pinang yang mempunyai dua (2) tiang dan empat (4) kabel yang menegakkan tiang tersebut. Dua (2) tiang ini melambangkan Serampang Dua Mata di dalam Dasar Ekonomi Baru iaitu pembasmian kemiskinan dan penyusunan semula masyarakat. Empat (4) kabel pula menggambarkan empat (4) jenis keturunan di negeri ini iaitu Melayu, Cina, India dan lain-lain.
Jalur-jalur biru dan putih yang menjadi simbol lautan berjumlah lima (5) tiap-tiap satu warna yang memberi makna simbol lima prinsip Rukunegara dan lima daerah pentadbiran    yang  terdapat di Pulau Pinang.






































Lagu Cuti-Cuti Malaysia


  Mari nyanyi bersama-sama ! 

Taman Rekreasi Bukit Ayer


Taman Rekreasi Bukit Ayer

Bantuan Suara Untuk OKU
Bukit Ayer terletak di Sungai Batu Pahat, Perlis. Bersesuaian dengan kesegaran persekitaran dan kesuburan tumbuhan hijau serta kedinginan air terjun, Bukit Ayer lengkap untuk dijadikan tarikan kepada sesiapa yang sememangnya cintakan alam semulajadi. Ia merupakan tempat yang paling baik untuk pengunjung sekeluarga menjalankan aktiviti perkemahan serta  berkelah di sini. Disamping itu juga terdapat kemudahan awam disediakan bagi memudahkan pengunjung yang berkunjung ke sini.
Meliputi 370m gua batu kapur dan terletak di sebuah bandar kecil di Kaki Bukit. Gua Kelam di namakan sempena dengan kedudukannya di kaki bukit dan suasana kelam yang sentiasa menyelubungi gua ini.Untuk merentasi ke dalam gua ini, disediakan sebuah jambatan Imagegantung untuk pelawat. Ia terletak kira-kira 33 km utara dari Kangar.
Taman Rekreasi Gua Kelam adalah terkenal dengan jalam gua (“cave walk”).Sungai bawah tanah yang panjangnya lebih kurang 400 meter mengalir melalui banjaran batu kapur dapat dilihat semasa melalui gua ini. Sungai bawah tanah ini adalah fenomena kejadian semulajadi. Bekalan elektrik disediakan untuk pelawat menikmati keindahan dalam gua.
http://www.perlis.gov.my/perlis//images/upload_slides/jom2.jpg

Bendera dan Jata Negeri Perlis




Bendera Negeri Perlis


Bendera Negeri Perlis terdiri daripada gabungan dua buah warna. Pada jalur atas bendera menonjolkan warna kuning dan pada jalur bawah bendera menonjolkan warna biru. Di Nusantara, warna kuning adalah warna tradisional untuk raja-raja. Jadi, jalur berwarna kuning mengambarkan simbol pemerintahan beraja iaitu D.Y.M.M. Raja Perlis yang terdapat di Perlis, manakala jalur berwarna biru pula mengambarkan simbol rakyat jelata. Paduan warna ini menunjukkan hubungan erat antara "Raja dengan Rakyat".
Paduan warna bendera negeri Perlis bertentangan dengan paduan warna bendera negara Ukraine kerana jalur atas pada bendera Ukraine berwarna biru muda.

[sunting]Jata

Rencana utama: Lambang Perlis

           Jata Perlis
Lingkaran padi pada lambang negeri Perlis memberi maksud pekerjaan utama dan hasil utama negeri iaitu padi. Perisai pula melambangkan kebanggaan dan kehormatan negeri itu. Lambang itu keseluruhannya bermakna kebanggaan negeri itu kerana kekayaan hasil padinya.



















Muzium  Padi  di 
 Negeri  Kedah 



Menara Alor Setar 


* Menara Alor Setar adalah setinggi  165.5 meter .







Tempat  pelancongn di  
Negeri  Kedah