Taman Rekreasi Bukit Ayer


Taman Rekreasi Bukit Ayer

Bantuan Suara Untuk OKU
Bukit Ayer terletak di Sungai Batu Pahat, Perlis. Bersesuaian dengan kesegaran persekitaran dan kesuburan tumbuhan hijau serta kedinginan air terjun, Bukit Ayer lengkap untuk dijadikan tarikan kepada sesiapa yang sememangnya cintakan alam semulajadi. Ia merupakan tempat yang paling baik untuk pengunjung sekeluarga menjalankan aktiviti perkemahan serta  berkelah di sini. Disamping itu juga terdapat kemudahan awam disediakan bagi memudahkan pengunjung yang berkunjung ke sini.
Meliputi 370m gua batu kapur dan terletak di sebuah bandar kecil di Kaki Bukit. Gua Kelam di namakan sempena dengan kedudukannya di kaki bukit dan suasana kelam yang sentiasa menyelubungi gua ini.Untuk merentasi ke dalam gua ini, disediakan sebuah jambatan Imagegantung untuk pelawat. Ia terletak kira-kira 33 km utara dari Kangar.
Taman Rekreasi Gua Kelam adalah terkenal dengan jalam gua (“cave walk”).Sungai bawah tanah yang panjangnya lebih kurang 400 meter mengalir melalui banjaran batu kapur dapat dilihat semasa melalui gua ini. Sungai bawah tanah ini adalah fenomena kejadian semulajadi. Bekalan elektrik disediakan untuk pelawat menikmati keindahan dalam gua.
http://www.perlis.gov.my/perlis//images/upload_slides/jom2.jpg