Batu Feringgi


Batu Feringgi

Batu Feringgi adalah pantai yang paling popular di Pulau Pinang kepada pelancong dari luar dan penduduk tempatan. Unjuran pantai dengan pasir keemasan yang panjang ini adalah pusat untuk pelbagai hotel, sukan air, aktiviti-aktiviti masa lapang dan pusat membeli-belah.
Daya penarik Batu Feringgi kekal serupa sejak bertahun-tahun dan masih terus memukau ramai pengunjung untuk datang menikmati keindahannya.

Adalah dipercayai Batu Feringgi telah mendapat namanya daripada perkataan Portugis 'Foreigners' Rock', ini adalah kerana Pulau Pinang pernah menjadi rebutan kuasa-kuasa penjajah termasuk British, Belanda dan orang Portugis.
Pasar malam yang diadakan setiap hari di Batu Feringgi, adalah satu lagi tarikan utama di Batu Feringgi selain dari pantainya..