Jawapan Latihan Ulangkaji


Adakah anda telah berjaya menjawab semua soalan -soalan yang dikemukakan ?

 Marilah  semak jawapan bersama-sama  !
 
Bil
                    Jawapan

1

 13 buah negeri

2







Perlis
Pahang
Johor
Kedah
Selangor
Sabah
Pulau Pinang
Negeri Sembilan
Sarawak
Kelantan
Melaka
Perak
Perak



 3

 Kedah  , 165.5 meter
 4
  Dua
 5
  Pulau Pinang
 6
 “Berserah  Kepada Tuhan Kerajaan  Kelantan ”
 7
  Kedah
 8
  Pohon Pinang
 9
  Pantai Cahaya Bulan
10
  Merah ,  Putih
11
  Pulau Langkawi , Tungu Lang di Dataran Helang
12
  Gua Kelam

Latihan ulangkaji

Setelah mengenali  beberapa buah negeri yang terdapat di Malaysia , Mari cuba menjawab soalan- soalan berikut:


1) Negara Malaysia terdiri daripada ________ buah negeri.


2) Senaraikan negeri-negeri yang terdapat di Negara Malaysia.



















3) Menara Alor Setar terletak di Negeri _____, ia setinggi ______ meter.

4) Bendera Negeri Perlis terdiri daripada gabungan _____buah warna .

5) Batu Feringgi ,  Bukit Bendera dan Kuil Kek Lok Si  merupakan tempat peranginan di Negeri ____________.

6) Cogan Jata Negeri Kelantan ialah  ___________________.

7) Pulau Langkawi terletak di Negeri ________________.

8) Negeri Pulau Pinang mendapat namanya daripada ________.

 Pada suatu ketika, pantai ini dinamakan Pantai Cinta Berahi, suatu nama yang dikatakan diberi    oleh seorang askar British ketika dia di pantai ini pada masa Perang Dunia II. Pada masa itu, askar tersebut sedang menderita kerana cintanya tidak berbalas.


9)   Butiran di atas mencerita tentang Pantai _______________, ia terletak di Negeri __________.

10)Bendera Kelantan yang berlatar belakang berwarna _______  membawa maksud kejujuran penduduk , rakyat , raja. Lambang kebesaran bewarna ___________ pula menandakan kesucian Raja Negeri Kelantan.


 11) Gambar di atas menunjukkan salah satu tempat peranginan

di Negeri Kedah iaitu ________ . Ia bernama _________.


12)Di Negeri Perlis terdapat  Taman Rekreasi bernama _______________  ,  ia adalah terkenal dengan jalam gua (cave walk).Sungai bawah tanah yang panjangnya lebih kurang 400m mengalir melalui banjaran batu kapur dapat dilihat semasa melalui gua ini.



****************   SELAMAT      MENCUBA **************


Gunung Ayam dan Gunung Stong




Gunung Ayam yang terletak di Kelantan mempunyai ketinggian setinggi 1,504 meter (4,934 kaki).
Gunung Ayam mempunyai hutan Dipterokarp Bukit, hutan Dipterokarp Atas, hutan Montane, dan Hutan Ericaceous atau hutan gunung. Terdapat banyak flora di gunung ini yang mempunyai nilai perubatan.







Gunung Stong juga merupakan salah satu penarik utama kerana diiktiraf sebagai air terjun tertinggi di Asia iaitu kira-kira 303 m.

Keinginan menjalani aktiviti di sini pasti menjanjikan pengalaman yang menarik dan mencabar
kerana terdapat pelbagai pakej istimewa yang ditawarkan dengan kadar berpatutan. Selain itu, terdapat beberapa orang renjer hutan yang akan membawa pengunjung sehingga ke puncak bukit. Kemudahan lain yang disediakan ialah chalet, surau dan kem perkhemahan.


Pantai Cahaya Bulan

Pantai Cahaya Bulan merupakan salah satu pantai yang terkenal di negeri Kelantan, Malaysia. Ia terletak kira-kira 10 km dari Kota Bharu dan merupakan kawasan pendaratan tentera Jepun untuk menyerang British pada 8 Disember 1941. Pada suatu ketika, pantai ini dinamakan Pantai Cinta Berahi, suatu nama yang dikatakan diberi oleh seorang askar British ketika dia di pantai ini pada masa Perang Dunia II. Pada masa itu, askar tersebut sedang menderita kerana cintanya tidak berbalas. Sesetengah orang tempatan masih menggunakan nama lama ini pada hari ini, walaupun mereka lebih suka merujuk kepada pantai ini sebagai Pantai Cahaya Bulan.







Perjalanan ke pantai ini dari Kota Bharu akan membawa pengunjung melalui satu pekan Melayu tradisional . Ini adalah kawasan kraftangan yang penting di negeri untuk pencetakan batik, penenunansongket, dan pembuatan layang-layang serta loyang.















http://www.virtualmalaysia.com/destination/pantai%20cahaya%20bulan%20(moonlight%20beach).html