Showing posts with label Kelantan. Show all posts
Showing posts with label Kelantan. Show all posts

Gunung Ayam dan Gunung Stong




Gunung Ayam yang terletak di Kelantan mempunyai ketinggian setinggi 1,504 meter (4,934 kaki).
Gunung Ayam mempunyai hutan Dipterokarp Bukit, hutan Dipterokarp Atas, hutan Montane, dan Hutan Ericaceous atau hutan gunung. Terdapat banyak flora di gunung ini yang mempunyai nilai perubatan.







Gunung Stong juga merupakan salah satu penarik utama kerana diiktiraf sebagai air terjun tertinggi di Asia iaitu kira-kira 303 m.

Keinginan menjalani aktiviti di sini pasti menjanjikan pengalaman yang menarik dan mencabar
kerana terdapat pelbagai pakej istimewa yang ditawarkan dengan kadar berpatutan. Selain itu, terdapat beberapa orang renjer hutan yang akan membawa pengunjung sehingga ke puncak bukit. Kemudahan lain yang disediakan ialah chalet, surau dan kem perkhemahan.


Pantai Cahaya Bulan

Pantai Cahaya Bulan merupakan salah satu pantai yang terkenal di negeri Kelantan, Malaysia. Ia terletak kira-kira 10 km dari Kota Bharu dan merupakan kawasan pendaratan tentera Jepun untuk menyerang British pada 8 Disember 1941. Pada suatu ketika, pantai ini dinamakan Pantai Cinta Berahi, suatu nama yang dikatakan diberi oleh seorang askar British ketika dia di pantai ini pada masa Perang Dunia II. Pada masa itu, askar tersebut sedang menderita kerana cintanya tidak berbalas. Sesetengah orang tempatan masih menggunakan nama lama ini pada hari ini, walaupun mereka lebih suka merujuk kepada pantai ini sebagai Pantai Cahaya Bulan.







Perjalanan ke pantai ini dari Kota Bharu akan membawa pengunjung melalui satu pekan Melayu tradisional . Ini adalah kawasan kraftangan yang penting di negeri untuk pencetakan batik, penenunansongket, dan pembuatan layang-layang serta loyang.















http://www.virtualmalaysia.com/destination/pantai%20cahaya%20bulan%20(moonlight%20beach).html

video

Mari kita mengenai sejarah ringkas dan menikmati gambar -gambar tempat peranginan di Negeri Kelantan.

Bendera Negeri Kelantan dan Jata


Bendera Kelantan yang berlatar belakang berwarna merah membawa maksud kejujuran penduduk, rakyat, raja. Lambang kebesaran bewarna putih pula menandakan kesucian Raja Negeri Kelantan.


Mahkota itu tanda kedaulatan Sultan. Dua tombak dan dua keris maksudnya kekuatan orang-orang Melayu Kelantan. Anak Bulan dan Bintang adalah tanda Islam.
Dua laras meriam itu maknanya bahawa negeri ini adalah sentiasa bersedia untuk mempertahankan dirinya. Dua ekor kijang mengingatkan kembali kepada sejarah tua negeri ini di masa Che' Wan Kembang (Che'Siti) Permaisuri Kelantan ( kira-kira pada akhir kurun ke-14) yang terlalu kasih pada kijang kesayangannya, telah memerintahkan wang emas dicap dengan gambar binatang itu. Cogan jata ini ialah "Berserah Kepada Tuhan Kerajaan Kelantan"